Thursday, July 21, 2022

Perbahasan Rang Undang-undang Meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Perbahasan Rang Undang-undang Meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 21.07.2022.

Video here: https://fb.watch/e-b1guj3ZJ/

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Pertubuhan Keselamatan Sosical (PERKESO) yang ditubuhkan tahun 1971 merupakan satu perundangan dan institusi yang penting untuk memberikan perlindungan kepada pekerja.
Saya ambil maklum tentang cadangan RUU ini berkenaan penambah baikan liputan keselamatan sosial yang akan meningkatkan faedah tertentu yang diterima oleh pekerja iaitu menaikkan had maksimum kebolehinsuransan amaun gaji pekerja di bawah Akt aini daripada RM4000 sebulan kepada RM5000 sebulan. Iaitu sekiranya pendapatan pekerja sebagai contoh RM8000 sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud Akta disifatkan sebagai RM5000 sebulan.
Mengikut LAPORAN SURVEI PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Department of Statistics Malaysia, Penengah Untuk Pendapatan Isi Rumah ialah RM5873 dan Purata Untuk Pendapatan Isi Rumah RM7901. Oleh itu, sebenarnya anggapan RM5000 sebulan di bawah Akta SOCSO lebih rendah daripada median dan purata isi rumah.
Prinsip Asas Keselamatan Sosial Pekerja sebagai satu Dana Solidariti di mana pekerja yang tidak mendapat apa-apa benefit sehingga bersara, maka mereka sebenarnya membantu pekerja-pekerja yang lain yang menerima benefit daripada skema ini. Oleh itu, potongan SOCSO ke atas pekerja berpendapatan tinggi boleh membantu juga kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah.
Salah satu tujuan Keselamatan Sosial Pekerja ialah apabila pekerja yang dinsuranskan mengalami kemalangan atau kematian dalam pekerjaaan atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau balik dari tempat kerja, maka ada satu sistem insurans untuk penggantian pendapatan untuk membolehkan dependents mendapat pencen bulanan.
Oleh itu, peningkatan gaji siling dan caruman juga boleh menambahkan faedah yang diterima oleh pekerja.
Program ini hendaklah juga ambil kira bahawa jangka hayat pekerja yang semakin panjang dan cabaran skim social security pekerja ialah untuk memastikan pencen ilat yang diterima oleh pekerja atau waris berpatutan memandangkan cabaran kadar inflasi dan harga barangan dan makanan yang semakin melambung.
Lima Cadangan saya:
1. Saya mencadangkan supaya anggapan gaji siling ditingkatkan dan dikaji setiap 5 tahun dengan ambil kira median dan purata gaji isi rumah.
2. Invalidity scheme hanya untuk umur 60 tahun. Saya mencadangkan second invalidity scheme untuk mereka umur antara 60 hingga 70 tahun yang masih bekerja. Ini kerana ramai yang telah mengeluarkan i-sinar dari KWSP dan terpaksa bekerja sampai lanjut suia. Buat masa ini, syarat kelayakan bagi pekerja yang melebihi 60 tahun pada masa notis keilatan perlu menunjukkan keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun. Itu beban bukti yang tinggi, maka ramai pekerja tua yang tidak dapat perlindungan PERKESO.
3. Telah dilaporkan bahawa sukarelawan agensi kerajaan telah dibenarkan mencarum Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) termasuk sukarelawan di bawa ATM, PDRM, APMM, APM, RELA, JAKIM dan JKM. Tetapi kenapa Bomba Sukarelawan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Sukarelawan Ambulans tidak dimasukkan dalam Skim Pekerjaan Sendiri.

Kita perlu menyediakan jaringan keselamatan social kepada sukarelawan bomba kerana mereka berdepan risiko dan cabaran.
4. PERKESO perlu bersama EPF untuk berkongsi database dan merangka strategi perlindungan social security and lebih menyeluruh untuk pekerja. Program i-lindung yang diperkenalkan EFP sebenarnya menggunakan dana pencarum sendiri dan insurans premium yang tinggi juga. PERKESO masih menawarkan kadar caruman yang paling rendah berbanding dengan kadar premium i-lindung EPF atau produk polisi insurans yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat insurans.
5. Kadar pencen ilat RM475 sebulan perlu ditingkatkan sejajar dengan 2 perkembangan iaitu gaji minimum telah ditingatkan kepada RM1500 dan juga garis kemiskinan ialah pendapatan sebulan RM2208 seisi rumah dan RM1169 untuk miskin tegar. Untuk mereka yang hanya bergantung kepada ketua isi rumah seorang yang bekerja, maka pencen ilat yang diterima memang teramat kurang di bawah paras miskin tegar.
Akhir sekali, saya berharap PERKESO akan live up to its motto “Melestarikan Keselamatan Sosial untuk Semua”.

Monday, July 18, 2022

Perbahasan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran)

Perbahasan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 18.07.2022.

Video here: https://fb.watch/e-fHkKlX8U/

Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 atau singkatannya AKSEM dibentangkan bacaan kedua dan ketiga pada 9 Ogos 2017. Saya berkesempatan membaca Hansard pada hari tersebut. Pada hari itu, ia tidak sampai lima tahun Parlimen membahaskan pula pembubaran AKSEM. Mantan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu ialah Menteri Bagan Datuk memperkenalkan Rang Undang-undang AKSEM, menyatakan satu agensi khusus diwujudkan supaya kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang- undang di sempadan darat negara dilaksanakan lebih efektif.
Tuan Yang di-Pertua, tiada satu negara pun di dunia apabila ditubuhkan satu agensi kawalan sempadan, kemudian dalam lima tahun bubarkan. Tidak ada satu negara buat. Malaysia negara yang pertama ditubuhkan Agensi Kawalan Sempadan spesifik tetapi lima tahun kemudian dibubarkan.
Masyarakat menanya-nanyakan sama ada kos benefit analysis telah dibuat sama ada satu analisis sebelum penubuhan AKSEM telah dibuat tentang analisa sebelum itu. Kenapa pula what’s been wrong, apakah rasional pembubarannya dan apakah rasional penubuhannya sehingga lima tahun kemudian dibubarkan. Sama ada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri hari ini daripada Parti Bersatu Perikatan Nasional dengan bekas Menteri Dalam Negeri sebelum ini daripada UMNO adakah terdapat masalah.
Itu brainchild mantan Menteri Dalam Negeri dari parti UMNO Bagan Datuk sama ada, ada masalah sehinggakan pembubaran satu agensi yang khusus. Persoalan kedua saya, apakah implikasi pembubaran dan apakah implikasi kewangan terhadap pembubaran ini memandangkan signboard bangunan kena diturunkan, letterhead kena ditukar, perjawatan kena tukar, nama yang tercatat atas aset-aset kena tukar, uniform kena tukar tetapi di dalam bill, rang undang-undang ini dikatakan implikasi kewangan tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Masa tidak ada implikasi kewangan yang sebenarnya penubuhan tersebut selama lima tahun ini, wang begitu banyak telah dibazirkan. Ditubuhkan satu agensi kemudian dibubarkan lima tahun kemudian.
Border control atau kawalan sempadan. Kemasukan pendatang asing tanpa izin, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan saya ingin bertanyakan Ops Benteng telah ditamatkan pada Jun 2022. Kebelakangan ini pula tambah dua isu baharu, Tuan Yang di- Pertua.
Pertama, penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak masak dari Malaysia ke Thailand, penyeludupan. Apakah langkah-langkah tambahan kita daripada segi kawalan sempadan untuk penyeludupan barangan bersubsidi minyak masak?
Kedua, polisi ganja baharu di Thailand. Telah menjadi berita dunia bahawa negara Thailand telah memperkenalkan polisi liberalisasi terhadap ganja. Apakah implikasi polisi tersebut terhadap keselamatan sempadan di Malaysia? Ini kerana kita tahu bahawa ganja masih disenaraikan sebagai aktiviti menyalahi undang-undang di Malaysia.
Bagaimana daripada segi kawalan sempadan kita daripada segi memperketat cabaran-cabaran tersebut, cabaran penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol RON95, diesel, tong LPG, gula dan sebagainya? Apakah kesiapsiagaan kerajaan dalam kawalan sempadan darat Malaysia-Thailand berikutan polisi ganja baharu dan juga liberalisasi Thailand?
AKSEM diwujudkan dengan menaik taraf Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang bertanggungjawab untuk sempadan Malaysia-Thailand yang dibentuk melalui gabungan PDRM, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. Soalan saya, apakah yang terjadi dengan 900 lebih perjawatan UPP dan sama ada kebajikan mereka terjamin dan tidak diganggu selepas pembubaran?
AKSEM bercita-cita besar waktu penubuhan. Bukan sahaja bidang kuasa darat Malaysia-Thailand dan juga bidang kuasa Malaysia-Indonesia, Malaysia-Brunei di wilayah Sabah dan Sarawak di mana Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia. Soalan saya, apakah kemas kini Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) yang telah dirangka khasnya daripada segi kawalan sempadan? Soalan saya juga, apakah bentuk kawalan kerjasama sempadan darat antara Malaysia-Thailand, Malaysia- Singapura, Malaysia-Brunei dan Malaysia-Indonesia?
Soalan-soalan penting ini perlu diberikan penjelasan kerana pada hari ini kita akan cadangkan pembubaran satu agensi kawalan sempadan dan kita ingin menanyakan sama ada pembubaran ini ditukar penugasannya kepada PDRM, akan menjamin kawalan sempadan yang lebih baik daripada sebelum ini. Itulah persoalan yang saya kemukakan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984

Perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 18.07.2022.

Video here: https://fb.watch/e-bG6Ji9cu/

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan rang undang-undang meminda Akta Perhutanan Negara 1984.
Fasal 6 berkenaan dengan Hutan Taman Negeri (State Park Forest) ditambahkan sebagai satu pengelasan baharu bagi Hutan Simpan Kekal dijadikan 12 pengelasan. Saya mengalu-alukan fasal 6 kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap hak negeri di mana Hutan Taman Negara (National Park) diuruskan oleh Persekutuan dan Hutan Taman Negeri (State Park) diuruskan oleh negeri supaya mengekalkan state sovereignty untuk negeri- negeri.
Seksyen 11, 12 dan 13 menetapkan prosedur pengeluaran kawasan tanah dari Hutan Simpan Kekal. Prosedur yang dicadangkan di mana satu siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa negeri sebelum pengeluaran mana-mana kawasan tanah dari Hutan Simpan Kekal.
Pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua, walaupun terdapat cadangan prosedur siasatan awam tetapi itu belum mencukupi, perlu ada publisiti awam, bantahan awam kerana tambahan prosedur awam ini subject to abuse, salah guna sekiranya pihak berkuasa negeri tidak menjalankan dengan prosedur yang sepatutnya. Saya menegaskan bahawa kepentingan awam menuntut supaya Hutan Simpan Kekal sebagai tempat tadahan air begitu penting dan perlu ditambah lagi klausa di dalam pindaan ini supaya kelulusan usul di bawah Dewan Undangan Negeri perlu ditambah supaya additional procedure safeguard untuk melindungi Hutan Simpan Kekal.
Pihak berkuasa negeri hanya bermaksud EXCO atau State Cabinet yang terdiri daripada lebih kurang 10 orang dari kerajaan negeri tetapi usul di Dewan Undangan Negeri mewakili keseluruhan daripada kerajaan negeri dan pembangkang dan mewakili kesemua kerusi dalam negeri dan suara rakyat. Oleh itu, saya mencadangkan tambahan seksyen 11 di para ketiga bahawa hasil siasatan awam dibentangkan sebagai laporan di Dewan Undangan Negeri dan usul kelulusan DUN perlu diadakan sebelum prosedur pengeluaran Hutan Simpan Kekal boleh diadakan. Begitu juga dengan gantian taman Hutan Simpan Kekal, hendaklah juga memenuhi kriteria keunikan biodiversiti hutan yang asal.
Seksyen 15, tambahan increase penalty dengan penjelasan yang baru dan saya ingin alu-alukan klausa tetapi perlu memberikan tambahan sumber peruntukan untuk teknologi baharu drone satellite mapping kepada pegawai-pegawai perhutanan untuk kawal selia terhadap hutan kita.
Seksyen 104 ada dua anggapan, dua presumption yang baru dan ini boleh menguatkan usaha penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan haram. Tuan Yang di- Pertua, baru-baru ini telah berlaku banjir besar di Baling, negeri Kedah dan telah dibongkarkan bahawa Environment Impact Assessment (EIA) diluluskan untuk Hutan Simpan Gunung Inas diluluskan untuk ladang hutan tetapi on the ground ia menjadi Musang King Durian Plantation. EIA diluluskan untuk pembalakan dan ladang hutan for timber trees dan rubber trees tetapi ditukar oleh tuan punya tanah menjadi Musang King durian trees. Tidak pernah disenaraikan sebagai program ladang hutan development dan bukan jenis spesies pokok. Musang King bukan jenis spesies pokok yang diluluskan penanaman semula untuk ladang hutan oleh Jabatan Perhutanan. Ini satu bukti bahawa prosedur pembukaan hutan yang melanggari undang-undang.
Saya meminta supaya satu siasatan terhadap pencabulan ini dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Satu Kertas Putih perlu dibentangkan di Parlimen. Banjir lumpur yang membawa kematian pada 4 Julai dan melebihi 1,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan, melebihi 20,000 orang penduduk kampung yang berdekatan yang terancam. Mala petaka banjir lumpur di Baling bukan berlaku secara semula jadi. Kesannya juga di Pulau Pinang, di mana banjir bersama lumpur telah sampai di Kuala Muda di sempadan Kedah dan Pulau Pinang. Ini menyebabkan Loji Rawatan Sungai Dua di Pulau Pinang terpaksa ditutup dan bekalan air bersih ke puluhan ribu isi rumah di Pulau Pinang terjejas selama beberapa hari dan negeri Kedah juga terjejas selama beberapa hari. Apakah terjadi perkara pembukaan hutan tersebut sehinggakan ia menjejaskan begitu luas kesannya, bukan sahaja di Baling, terkesan juga di negeri Pulau Pinang, di mana bekalan airnya telah tergendala, terputus untuk beberapa hari di kawasan-kawasan tertentu.
Dengan ini, saya meminta supaya polisi-polisi moratorium perlu diadakan untuk ladang hutan yang baru di hutan simpan dan Hutan Simpan Kekal di Semenanjung Malaysia. Perlu ada lihat semula dan juga penilaian semula. Tambahan juga, polisi moratorium ada untuk karbon kredit di negeri-negeri perlu diadakan. Masing-masing negeri ada idea yang baru tetapi Kerajaan Persekutuan (Federal Government) begitu lambat dari segi legal framework. Sampai hari ini tidak ada legal framework untuk kawal selia karbon kredit. Itulah masalah yang kita hadapi. Saya dapati bahawa kita tidak ada dasar perhutanan.
Ya, saya akan buat penggulungan, terima kasih. Dasar Perhutanan Negara 2021 menetapkan pengekalan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok. Akan tetapi nampaknya cantik atas kertas tetapi realitinya, pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal serta pembersihan hutan dengan penanaman semula ladang hutan adalah cabaran ke atas pelaksanaan Dasar Perhutanan Malaysia. Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk lihat ataupun memberitahu rakyat Malaysia terhadap insiden di Baling tersebut yang bukan sahaja mengancam sumber bekalan air di negeri Kedah tetapi juga di negeri Pulau Pinang. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Perbahasan Rang Undang-Undang Meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954

Perbahasan Rang Undang-Undang Meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 18.07.2022.

Video here: https://fb.watch/e-bp1j-LtZ/

Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 berkuat kuasa sejak 1 Januari 1957 terus efektif sehingga tahun 1972 tetapi kemudian seolah-olah tenggelam dalam sejarah perundangan dan dilupakan oleh sistem mahkamah dan hanya bernafas semula pada tahun 2010.
Akta ini diangkat ke Parlimen untuk pindaan dan nampaknya diberi nafas baru memandangkan cabaran baru dalam sistem penjara kita. Cabaran pertama, kesesakan di penjara Malaysia. Kelantan dikhabarkan ingin membina penjara terbesar di negara. Cabaran kedua COVID-19 menuntut penjarakan antara banduan-banduan dan penjara menjadi tempat berisiko tinggi.
Cabaran yang ketiga, inflasi melambung tinggi di Malaysia dan kos menyara seorang banduan meningkat. Data pada tahun 2015, RM35 sehari dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan statistik terkini berapakah kos untuk menyara seorang banduan pada hari ini.
Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ini perlu memberi kebaikan kepada pesalah, kepada negara dan juga masyarakat secara umumnya. Cabaran Perintah Kehadiran Wajib ini adalah:
(i) kekurangan keyakinan oleh Judicial and Legal Officers berkenaan dengan keberkesanan PKW;
(ii) perlu memenuhi procedure requirement dalam akta di mana majistret perlu menerangkan keperluan prosedur kepada pesalah dan pesalah perlu bersetuju;
(iii) takrif kerja yang kurang jelas. Seksyen 2 akta hanya menyatakan compulsory works as any labor task work or cause of instruction order by the compulsory Attendance Centre Officer to be undertaken by the offenders. Tidak ada takrif kerja yang jelas; dan
(iv) apabila perlanggaran perintah ketidakhadiran, maka pelaksanaan perintah dan kegagalan susah dikawal selia. Tiada kuasa tangkapan oleh Attendance Centre Officer ke atas pesalah yang melanggar PKW, hanya boleh membuat laporan polis dan tangkapan oleh polis.
Niat asal akta ini ialah untuk minor offences atau kesalahan kecil sebagai gantian kepada tiga bulan pemenjaraan. PKW masih kekalkan kehidupan keluarga dan pekerjaan pesalah tetapi masalah ialah niat asal ialah sebagai attorney sentence untuk kesalahan setara atau kurang dari tiga bulan pemenjaraan.
Akan tetapi melalui pindaan ini ditingkatkan 12 kali ganda iaitu dari tiga bulan kepada tiga tahun. Soalan saya, sama ada peningkatan kepada tiga tahun ini sesuai memandangkan ia bukan lagi kesalahan kecil (minor offences) tetapi menjadi medium offences. Sebagai contoh ibu yang mencuri atau shoplifting untuk susu tepung bayi di supermarket ditangkap dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ini merupakan satu opsyen yang wajar kerana pemenjaraan akan memisahkan ibu kepada anak.
Pesalah pula perlu dilaporkan kepada Attendance Centre untuk sekian hari dan sekian jam. Persoalan saya, sama ada terdapat CAC di semua daerah di seluruh negara, sama ada keupayaan daripada segi bangunan dan staffing untuk berhadapan dengan lebih ramai pesalah PKW. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan 6,000 lebih statistik, dan saya akan jangkakan berlipat ganda arahan PKW dijalankan sama ada terdapat kekuatan staffing yang cukup.
Sebelum ini ada aduan daripada bekas program PKW ialah bahawa mereka perlu perjalanan lama melebihi dua jam untuk pergi balik dari tempat kerja atau kediaman ke Compulsory Attendance Centre (CAC) dan perjalanan tersebut tidak dikira sebagai memenuhi PKW. Oleh itu, saya rasa perkara-perkara seperti itu perlu diambil kira. Kerja-kerja pembersihan pantai, pembersihan tempat pelupusan sampah, pembersihan jalan, tandas, masjid, tempat ibadah agama merupakan antara compulsory work di bawah Perintah Kehadiran Wajib ini. Oleh itu saya meminta supaya ada unsur pencegahan, ada unsur pemilihan dan opsyen tambahan kepada opsyen hukuman yang sedia ada.
Compulsory Work ini sebelum ini ditetapkan maksimum empat jam sehari selama maksimum 90 hari bekerja dan sekarang ditambah kepada empat jam sehari selama maksimum 12 bulan. Daripada 90 hari ditambah kepada maksimum 12 bulan. Sama ada terdapat kuasa ataupun kapasiti pemantauan daripada CAC terhadap PKW ini.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya meminta juga kerajaan meneliti laporan tesis oleh Dr. Fauziah Hani binti Ahmad Fuzi bertajuk The Problems and Challenges in the Implementation of Compulsory Attendance Order in Malaysia, PhD. tesis dari UIA 2019 yang mengutarakan dengan jelas peluang dan cabaran Perintah Kehadiran Wajib ini. Saya meminta dikaji laporan tersebut dan meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan penjelasan tentang isu-isu yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih.

Saturday, April 16, 2022

Perbahasan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022

Video: https://fb.watch/cqxr0JkWMa/

Perbahasan Rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 11 April 2022.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Sebelum ini Menteri telah memberi tahu bahawa sejak Pilihan Raya Umum 2018, terdapat 39 orang Ahli Parlimen keluar parti atau lompat parti. Bilangan Ahli Undangan Negeri yang lompat parti tidak diketahui nombornya. Saya jangka berpuluh-puluh dan ini telah merupakan satu masalah yang sangat besar. Ini kerana, kerajaan yang sah tumbang akibat tindakan tidak bertanggungjawab katak-katak tersebut. Legitimate government tumbang berikut Sheraton Move tahun 2020. Sebelum itu Sabah tahun 2018, Johor, Melaka, Perak, Kedah tahun 2020.
Ini merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan kerana pengundi- pengundi mengharapkan apabila mereka mengundi, wakil rakyat sebagai pemegang amanah kepada pengundi-pengundi. Di bawah blue bill ini, saya rasa ia masih mentah lagi, masih terlalu raw dan tidak boleh kita terima pada masa ini.
Seperti yang dikatakan, perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Perkara-perkara yang perlu kita perhalusi kerana sekatan terhadap freedom of association and disassociation. Sekatan ke atas hak kebebasan berpersatuan berkaitan parti politik itu perlu kelulusan dua pertiga dan tidak boleh diturunkan kepada satu Federal Law yang hanya memerlukan simple majority.
Saya tadi mendengar bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur menyatakan bahawa tumbangnya Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.
Berikutan perkara tersebut, kita ambil iktibar apabila saya menjadi ADUN di Pulau Pinang, pada tahun 2012, satu Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibuat dengan detail tentang bagaimana kita hendak kawal antilompat parti dan telah diwartakan 14 Februari 2013.
Sembilan tahun lalu DUN Negeri Pulau Pinang ketika saya menjadi seorang ahli ADUN kita telah meluluskan dan juga mewartakan terhadap antilompat parti di State Constitution di Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Apa yang saya hendak highlight pada hari ini ialah bagaimana kuasa-kuasa negeri daripada segi perkara antilompat parti di State Constitution, bagaimana ia dapat diselaraskan dengan pindaan Federal Constitution
Ini kerana kita harus ingat bahawa Perlembagaan Persekutuan fundamental structure of the Federal Constitution, kita perlu juga menghormati State Constitution, perlu juga menghormati State Legislative Assembly.
Parlimen boleh regulate terhadap komposisi terhadap Federal Parliament tetapi kuasa Negeri ke atas state legislative. Saya rasa perlu diberikan perhatian yang serius dan sebelum ini kita perlu ubah Perkara 49A dengan aspek tindakan Ahli Parlimen yang dianggap lompat parti.
Dalam proses Pindaan undang-undang ini, kita juga perlu lihat kepada Artikel 71 Federal Guarantee of State Constitution dalam Jadual Kelapan.
Sebelum ini, sesi libat urus provision to be inserted into State Constitution apakah prosedur-prosedurnya. Consultation dengan Gabenor, consultation dengan state government, consultation dengan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.
Apakah safeguard terhadap State Legislative Assembly?
Ini kerana saya waktu dahulu ADUN dan sekarang Ahli Parlimen dan saya juga telah berikrar untuk mempertahankan Federal Constitution dan pada masa yang sama State Constitution juga. Bagaimana kuasa-kuasa negeri dipelihara dengan kuasa-kuasa Persekutuan dalam scheme of thing Yang sedang kita laksanakan, yang sedang kita bincangkan pada hari ini.
Saya berhujah sekatan-sekatan itu harus di peringkat Perlembagaan Persekutuan. Federal Law hanya untuk prosedur-prosedur tentang bagaimana kita memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua sama ada Setiausaha Agung memaklumkan kepada Tuan Yang di- Pertua kekosongan tersebut, bagaimana Tuan Yang di-Pertua memaklumkan kepada SPR, bagaimana proses SPR memulakan pilihan raya apabila ada
kekosongan – Procedure-wise boleh diletakkan dalam Federal Act.
Akan tetapi, kuasa-kuasa sekatan terhadap hak berpersatuan perlu dipinda dalam peringkat Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh satu Akta Parlimen. Ini kerana Pindaan Perlembagaan perlu sokongan dua pertiga majoriti Ahli Parlimen tetapi Act of Parliament hanya satu simple majority sahaja.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Thursday, March 31, 2022

RUU Pindaan Akta Kerja 1955

Perbahasan RUU Akta Kerja 1955 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 21-3-2022


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Mengikut huraian dalam RUU ini, telah dituliskan bahawa untuk memenuhi pindaan ini antara lain memenuhi seperti yang dikehendaki Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA). Sebenarnya, TPPA telah sudah tidak berkuat kuasa digantikan dengan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Saya pun hairan kenapa masih ada TPPA yang ditulis dalam rang undang-undang ini.
Mengikut sejarah legislatif, Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan mulai pada 1957 apabila kita mencapai kemerdekaan dan sudah dipinda 11 kali dan pindaan terakhir pada tahun 2012. Sudah 10 tahun kita tidak meminda Akta Kerja dan tidak hairanlah kenapa ada begitu banyak 46 fasal yang dipinda.
Saya cadangkan pindaan perlu dilakukan kerap untuk meningkatkan dan juga menambah baik perlindungan dan kebajikan pekerja di samping untuk memenuhi piawaian perburuhan antarabangsa yang sering kali berubah. Di bawah Akta Kerja 1955 seksyen 1(2), ‘shall apply to Peninsular Malaysia only’ iaitu Semenanjung Malaysia sahaja.
Oleh itu, saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri sama ada satu perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ada diadakan untuk meminda juga di Sabah dan Sarawak dan juga extension kepada Federal Territory of Labuan dan minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen baharu 101C, ‘presumption to who is an employee and employer’. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana terdapat satu ketidakpastian. Saya ingin merujuk terhadap kes Uber BV and Others versus Aslam and Others yang telah diputuskan oleh Supreme Court England. A bench of seven judges pada tahun 2021.
Antara lain memutuskan Uber driver ialah worker dan bukan independent contractor. Kes itu Supreme Court judgement dalam kes Uber BV dan Aslam itu memastikan bahawa Uber driver adalah dilindungi di bawah Employment Law in England. Saya ingin highlight di sini bahawa kerajaan harus memastikan gig worker kita sama ada dari segi e-Hailing driver ataupun Foodpanda riders patut juga menerima perlindungan di bawah Akta Kerja kita.
Malaysia mempunyai melebihi 200,000 registered Grab driver dan Foodpanda riders sekurang-kurangnya 13,000. Oleh itu, mereka tidak dilindungi. Di bawah akta ini tiada perlindungan terhadap mereka.
Kerajaan tidak boleh membiarkan kontraktor Grab driver begitu sahaja Perlu ada statutory regulation supaya empower the gig worker.
Yang Berhormat Menteri boleh membaca ada 42 muka surat judgment kes untuk BV Uber tersebut di Supreme Court England. Walaupun hari ini kita meminda maternity leave 60 hari kepada 98 hari untuk memenuhi Konvensyen Bersalin tahun 2000 dan cuti paternity leave dari lima hari kepada tujuh hari paternity leave. Akan tetapi tidak extend kepada gig worker. Tidak extend kepada Foodpanda rider.
Bukan sahaja kita dalam perubahan landskap kerja, bukan sahaja ada employer dan ada employee. Sekarang ada konsep baru iaitu dependent contractor.
Ada konsep Employee, ada konsep dependent contractor, ada konsep independent contractor.
Antara dependent contractor e-Hailing, delivery rider, freelance writer, graphic artist, programmers yang tidak dilindungi di bawah Employment Act.
Walaupun mereka boleh juga ada bayar SOCSO dan sebagainya di bawah Self-employed, Employment Act 2017 tetapi a class of worker, dependent contractor yang belum diiktiraf di bawah Undang-undang Perburuhan di Malaysia. Ia tidak diiktiraf di bawah pindaan yang kita buat hari ini.
Satu perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, seksyen 69F menyatakan, “Director General may inquire into and decide any dispute between an employee and his employer in respect of any matter relating to discrimination in employment”.
Tidak ada guideline kepada – tidak ada legislative guideline kepada Director General apa maksud discrimination in employment.
Sebelum ini, kita apabila libat urus pada versi terawal ada perkataan jelas “discrimination on the basis of gender, religion, race and disability” yang dinyatakan jelas dalam original version pindaan tetapi selepas dibawa ke RUU ini tidak dinyatakan secara spesifik apa maksud discrimination employment. Itu satu watered-down amendment.
Parlimen hendaklah memberikan guideline kepada Director General dan bukan di bawah budi bicara Director General bahawa mereka menggunakan sebarang maksud untuk discrimination in employment.
Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan kepada setiap perkara yang saya nyatakan. Sekian, terima kasih.

RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022

Perbahasan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 22-3-2022


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 dan saya meneliti tentang kertas perintah yang dibentangkan atas meja Ahli Parlimen.
Dituliskan tajuk Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 dengan ada perkataan ‘pertama’. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada dirancang untuk tambahan kedua pula kerana dengan perkataan tambahan pertama tersebut sama ada dengan pembentangan akta ini adalah konklusif dan mencukupi untuk pembayaran sepenuhnya tanggungan kerajaan pada tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah akta ini telah dinyatakan beberapa perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan tambahan sebanyak RM14 bilion. Kalau kita meneliti bahawa Bajet 2021, RM322.5 bilion. Waktu itu diumumkan biggest budget ever in the history of Malaysia. Bajet yang tertinggi pada waktu itu RM322.5 bilion.
Tambahan ini overshoot 4.34 peratus dan saya minta supaya kerajaan melakukan budget projection yang lebih spesifik dan lebih tepat supaya perkara- perkara tambahan bajet ini kalau kita teliti sejarah-sejarah kita, setiap tahun datang ke Parlimen. Saya harap satu hari nanti semua boleh dilakukan within the budget dan tidak perlu tambahan bajet seperti yang kita lakukan pada hari ini.
Saya meneliti dengan item-item perbelanjaan mengurus tentang Pilihan Raya Negeri Sarawak, tambahan RM67 juta. Saya memahami bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak merupakan bajet item yang disenaraikan pada tahun 2021. Akan tetapi, pada tahun 2022, tahun ini ada dua pilihan raya negeri yang barangkali tidak dibajetkan dalam Bajet 2022 iaitu Pilihan Raya Negeri Melaka dan juga Johor.
PRN negeri Johor dan Melaka tidak dibajetkan untuk tahun 2022. Itulah menunjukkan bahawa tahun depan pula kita kena perlu berhadapan dengan satu tambahan bajet untuk pilihan raya negeri. Oleh itu, saya cadangkan supaya perbelanjaan untuk pilihan raya negeri difahamkan RM141 juta untuk Melaka dan Johor combine.
Saya mencadangkan supaya Parlimen dan juga DUN meluluskan undang- undang Fixed-Term Parliaments Act dan Fixed-Term State Assembly Act dengan sekurang-kurangnya DUN dan juga Parlimen perlu untuk ditubuhkan berfungsi empat tahun, sekurang-kurangnya empat tahun.
Of course, dihadkan kepada maksimum lima tahun supaya tidak ada pilihan raya negeri boleh diadakan sesuka hati, kerajaan negeri dengan Chief Minister ataupun Yang Berhormat Menteri Besar boleh lakukan sewenang-wenangnya kerana ini melibatkan perbelanjaan tambahan kepada belanjawan-belanjawan negara. Perlu menetapkan tarikh pilihan raya dengan menggunakan Fixed-Term Parliament Act dan Fixed-Term State Assembly Act.
Perkara kedua, subsidi dan bantuan tunai yang dia datang ke sini untuk meminta tambahan sebanyak RM4.6 bilion. Saya ingin mendapat penjelasan kerana kita tahu bahawa subsidi minyak bertambah akhir tahun lalu tetapi kita ada revenue hasil daripada PETRONAS, memandangkan harga petrol naik, hasil daripada PETRONAS juga akan naik. Boleh dapat satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri sama ada hasil isu tersebut bagaimana ia direkodkan dalam bajet kita?
Begitu juga dengan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) datang ke Parlimen untuk meminta tambahan RM539 juta. Kita ada windfall profit levy, kita ada export tax untuk tambahan kerana harga CPO yang menaik dan windfall profit levy yang dikutip tinggi, export tax yang kutip tinggi, maka ia juga boleh sekurang-kurangnya menanggung lebih banyak Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak kita.
Berkenaan dengan hospital dan satu perbelanjaan telah direkodkan. Satu perbelanjaan tambahan telah direkodkan untuk perkhidmatan hospital dan kenderaan.
Saya ingin minta penjelasan kerana kita ada COVID-19 fund yang telah diluluskan oleh Parlimen ini dan kenapa tidak digunakan COVID-19 fund ini tetapi sebaliknya datang ke Parlimen untuk meminta satu bajet tambahan untuk Kementerian Kesihatan untuk perkhidmatan kesihatan dan kenderaan.
Perbelanjaan tambahan RM14 bilion ini pecahannya RM8.414 bilion, untuk perbelanjaan mengurus RM5.535 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Saya ingin dapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri setiap perkara berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan yang diminta dan yang telah dibelanjakan untuk tahun 2021. Sila jelaskan setiap perkara tentang perbelanjaan pembangunan tersebut.
Fiscal Responsibility Act yang telah dicadangkan. Bagaimana Fiscal Responsibility Act ini? Bila ia akan dibentangkan di Parlimen supaya kerajaan boleh melakukan satu fiscal discipline supaya kawalan bajet kita lebih tepat dan projection yang lebih baik supaya rang undang-undang sedemikian boleh dielakkan dan semua perbelanjaan mengikut bajet yang ditetapkan. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.

RUU Pindaan Akta Kawalan Bekalan 1961

Perbahasan RUU Pindaan terhadap Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 21-3-2022


Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan terhadap Akta Kawalan Bekalan 1961.
Saya meneliti dalam website KPDNHEP bahawa barang-barang kawalan yang telah diisytiharkan di bawah seksyen 5 dan dalam Jadual 1 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 termasuk antara lain tepung gandum, kerosin, gula, baja, minyak masak, petrol, diesel, bar bulat keluli lembut, simen, liquefied petroleum gas (LPG), roti dan ayam. Begitu panjang senarai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Saya setuju dengan tadi beberapa perbahasan rakan-rakan saya, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepong yang antara lain menyatakan bahawa kekhuatiran mereka terhadap salah guna kuasa apabila ada enabling act untuk membolehkan tangkapan tanpa waran tersebut. Itu technicality yang perlu kita perhalusi. Apakah safeguard terhadap salah guna seksyen tersebut?
Akan tetapi, apa yang saya ingin tumpukan perhatian dalam perbahasan saya adalah berkenaan dengan apabila kita kata kawalan bekalan, biasanya ia dikaitkan dengan subsidi kerajaan.
Saya rasa khuatir kerana bil subsidi negara kita kian meningkat apabila kawal bekalan. Maksudnya, kerajaan menanggung bil subsidi.
Apabila petrol, LPG dan diesel― Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa akan mengeluarkan RM28 bilion pada tahun 2022 untuk subsidi petrol, LPG dan diesel apabila international brent crude oil price mencecah minggu ini USD110 per barrel.
Begitu juga dengan minyak masak. CPO price meningkat tinggi. CPO futures melebihi RM8,000 per tonne.
Kita juga mengetahui bawah windfall profit levy tahun 2022 melebihi RM1 bilion. Export tax yang kita akan terima ialah RM2 bilion. Saya meminta supaya windfall profit levy dan juga export tax serta cukai-cukai yang kita akan kutip dalam industri kelapa sawit ini digunakan untuk membantu untuk menstabilkan harga minyak masak.
Apa yang dinyatakan oleh Menteri bahawa mengeluarkan RM2 bilion tahun 2022 untuk subsidi satu kilogram minyak masak polybag banyak kelemahan daripada segi pentadbiran yang telah dinyatakan rakan-rakan kita. Banyak ketirisan yang berlaku, penyelewengan, penyeludupan yang berlaku dan terdapat market distortion yang berlaku. Saya rasa kita perlu fikir masak-masak dan kita perlu lihat juga bagaimana negara-negara melaksanakan dengan lebih efektif.
Begitu juga tentang ayam dan telur. Kita telah subsidi 60 sen per kilogram untuk ayam dan lima sen satu biji telur dari Februari hingga Jun yang menelan belanja RM528.5 million untuk menetapkan harga siling ayam kepada RM8.90 per kilogram. Kita hairan juga, self-sufficiency level (SSL) untuk ayam telah melebihi 100 peratus. Sebenarnya kita ada mengeksport ayam dan telur tetapi mungkin kita eksport ke negara ASEAN lain seperti Singapura dan sebagainya. Bagaimanakah kita dapat menstabilkan harga tersebut?
Saya minta juga lihat bukan sahaja menggunakan Akta Kawalan Bekalan 1961 yang nampaknya tidak begitu efektif. Tidak efektif terhadap kawalan harga- harga bahan asas, kadar inflasi melambung tinggi, consumer price index (CPI) akan naik dengan berbagai-bagai harga barangan yang naik. Nampaknya Akta Kawalan Harga ini tidak dapat mengawal harga.
Saya rasa boleh lihat juga perundangan- perundangan lain, subsidy legislation lain seperti kawalan eksport dan sebagainya dan bagaimana pula dengan domestic mandatory order yang dijalankan di negara ASEAN seperti Indonesia untuk menstabilkan harga minyak masak.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, bahawa Akta Kawalan Harga 1961 ini sememangnya bukanlah penyelesaian yang boleh menyelesaikan semua masalah. Kita perlu lihat kepada exit plan. Apabila kita beri subsidi kepada sesuatu barang, kawal harga, kita mesti ada satu pelan untuk exit untuk membolehkan market mechanism untuk take over dan bukan memberikan subsidi selama-lamanya, berpuluh-puluhan tahun dengan menggunakan harga kawalan dengan subsidi dan sebagainya, harga siling dan sebagainya. Perlu ada ikhtiar untuk menyelesaikan root cause tersebut. Harga kawalan dan juga ceiling price subsidy ini boleh dijadikan mekanisme sementara tetapi penyelesaian yang lebih jangka panjang perlu diikhtiarkan.
Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Monday, March 07, 2022

Ucapan Perbahasan Usul Terima Kasih kepada Titah Diraja oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 3-3-2022

Ucapan Perbahasan Usul Terima Kasih kepada Titah Diraja oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 3-3-2022

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan ucapkan terima kasih kepada Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini ialah World Wild Life Day, Hari Antarabangsa Bagi Hidupan Liar dengan tema ‘Recovering Key Species for Ecosystem Restoration’ atau dalam bahasa Melayu, ‘Pemulihan Ekosistem untuk Menyelamatkan Spesies Utama’. Hari ini juga dibentangkan atas meja Ahli-ahli Parlimen dalam bacaan pertama pindaan Akta Perhutanan. Oleh itu, adalah penting untuk melindungi flora dan fauna bukan sahaja di hutan tetapi juga di lautan.
Sebagai Ahli Parlimen mewakili Bukit Bendera yang mendapat status UNESCO Biosphere Reserve saya terpanggil untuk menyeru di Parlimen supaya pembangunan lestari diadakan dan pada yang sama pemuliharaan kelestarian alam sekitar perlu diberi perhatian serius. Bukit Bendera sebagai kawasan yang ketiga di Malaysia yang disenaraikan sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan antara dua yang lain Tasik Chini di negeri Pahang dan juga Crocker Range di Sabah.
Di Bukit Bendera, biosphere reserve bukan sahaja atas Bukit Bendera tetapi juga termasuk marine iaitu lautan antara lain juga Center for Marine and Coastal Studies (CEMACS) USM. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, satu dasar lautan negara (National Ocean Policy) yang komprehensif diadakan. Malaysia telah ada dasar perhutanan tetapi tiada satu dasar lautan. Malaysia sebagai satu maritime nation dengan kekayaan sumber lautan tetapi kita tiada satu dasar lautan.
Kita perlu untuk menyediakan satu dasar lautan untuk memelihara kepentingan biodiversiti dan securiti makanan daripada segi sumber perikanan, alam sekitar serta kedaulatan sempadan air negara sejajar dengan matlamat SDG ataupun Matlamat Pembangunan Mampan, Sustainable Development Goal (SDG14) berkaitan dengan sumber lautan dan juga hasil daripada persidangan COP26 di Glasgow.
Kita boleh merujuk The UK Marine Policy Statement yang antara lainnya meliputi marine protected areas, defense and national security, energy production, ports and shipping, telecommunication cabling, fisheries, ecocultures, tourism management, oil spill management. Saya meminta Kementerian Alam Sekitar dan Air menjadi satu agensi untuk memimpin untuk mengusahakan dan menggerakkan satu Dasar Lautan Negara (Nation Ocean Policy).
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini US Congress telah meluluskan Creating Helpful Incentives to Produce Semiconductors (CHIPS) for American Act. Ia adalah satu undang-undang untuk menggalakkan industri semikonduktor di Amerika. European Union juga sedang melancarkan satu European Chips Act. Ini berikutan supply chain shortage untuk semiconductor chip di seluruh dunia.
Saya meminta pihak kementerian MITI untuk mengadakan insentif-insentif dan dana untuk menggalakkan pertubuhan industri semikonduktor bukan sahaja di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Johor serta negeri-negeri lain. Ini memandangkan industri semikonduktor merupakan strategi aset untuk masa depan yang juga akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang bergaji tinggi. Juga, memandangkan bahawa di negara Amerika Syarikat dan Europe telah berjalan ke arah tersebut kita perlu juga mengadakan policy response dengan memberikan galakan tambahan kepada industri semikonduktor dalam negara.
Daripada segi trading partner juga, negara China merupakan major trading partner dengan Malaysia. Dengan kemasukan Malaysia sebagai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Malaysia boleh mengambil advantage dengan perniagaan free trade dengan negara-negara anggota lain RCEP.
Saya ingin meminta penjelasan daripada Menteri MITI bahawa apakah usaha free trade agreement iaitu perjanjian free trade antara Malaysia dengan European Union memandangkan European Union merupakan trading partner yang kelima terbesar di Malaysia.
Apakah kemajuan (progress) FTA antara EU dan Malaysia yang telah diumumkan dan telah dimulakan perbincangan pada tahun 2010? Begitu juga dengan CPTPP, apakah progress ataupun pencapaian terkini yang sedang diusahakan oleh MITI.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat satu jawapan, saya telah menanyakan soalan berkenaan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya menanyakan apakah statistik kelulusan penolakan untuk bantuan khas kematian COVID-19 di bawah NADMA. Ini kerana, sebelum ini diumumkan bahawa sekiranya ada kematian atas sebab COVID-19, kerajaan akan memberikan bantuan ehsan sebanyak RM5,000.
Saya telah mendapat banyak maklum balas dan juga aduan daripada keluarga-keluarga si mati yang telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Jawapan yang saya terima Tuan Yang di-Pertua adalah setakat 18 Februari 2022, NADMA menerima sebanyak 38,431 permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19. Hanya 17,867 permohonan diluluskan dan disalurkan RM5,000. Ini bermakna, hanya 41 sahaja disalurkan bantuan RM5,000 itu. Apa terjadi dengan 59 peratus yang tidak diluluskan? Saya berasa dukacita kerana sebagai satu kerajaan yang melaungkan Keluarga Malaysia dan slogan begitu, terdapat begitu ramai, banyak permohonan tetapi melebihi 20 ribu permohonan yang belum diluluskan, yang masih diproses. Apakah yang terjadi?
Saya bukan sahaja menanyakan soalan itu kerana saya mendapat maklum balas daripada orang ramai bahawa mereka telah memohon.
Saya ada satu e-mel yang saya telah terima hari ini. Keluarga si mati, Encik Tan Ken Yu telah memohon pada Oktober tahun lalu. Akan tetapi, hari ini sudah Mac, sudah sampi ke bulan Mac, sudah lima bulan permohonan itu Ahli Keluarganya menulis surat, telah memohon melalui sistem e-mel, telefon tetapi tiada jawapan daripada e-mel yang tiada jawapan diterima oleh pemohon tersebut. Apabila memanggil telefon tiada jawapan. Lima bulan. Apabila kerajaan melaung-laungkan kerajaan prihatin ingin memberikan RM5,000 tetapi kes – bukan satu-satu kes saja, saya kata 20 ribu kes yang tidak menerima bantuan tersebut.
Saya meminta pegawai-pegawai, pemimpin-pemimpin, Menteri-menteri, Menteri Tugas-tugas Khas janganlah duduk di air conditioning room sahaja. Perlu mengerahkan pegawai-pegawai di bawah NADMA untuk memanggil, untuk berjumpa, untuk hantar RM5,000 ini kepada mangsa-mangsa keluarga mereka. Sudah beberapa bulan. Ada sampai lima bulan yang masih belum terima wang tersebut. Oleh itu, apa yang diumumkan hanya “indah khabar daripada rupa”.
Saya bukan membuat tohmahan kosong, saya ada satu jawapan rasmi sendiri oleh Menteri Tugas-tugas Khas bahawa 41 peratus sahaja diluluskan. Lain-lain masih diproses dan ada yang berbulan-bulan belum mendapat wang tersebut.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Perdana Menteri mengumumkan akan memberikan RM10 ribu kepada mangsa banjir, tunggulah. Saya akan tanya soalan lagi beberapa bulan kemudian atau sesi depan, saya ingin tanya pula kerana begitu banyak kes dan berapakah peratus permohonan tersebut. Apabila pemimpin- pemimpin, kementerian, Menteri-menteri membuat pengumuman, sila tunaikan janji anda. Apabila kata RM5,000 kepada mangsa COVID-19, dalam masa 30 hari, sila buat demikian. Jangan tunggu pemohon-pemohon kena telefon, kena e-mel tidak jawab dan telefon tidak ada angkat. Itu masalah dia. Saya perlu datang ke Parlimen untuk menanyakan satu soalan, perlu menegur Menteri. Saya harap bahawa perkara ini diselesaikan dengan cepat. Sebanyak 20 ribu permohonan COVID-19, khairat kematian boleh diselesaikan dalam masa 30 hari seperti dalam SOP dan bukanlah empat bulan sampai tiada jawapan dalam e-mel.
Tuan Yang di-Pertua, berikutan peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine. International Brent oil price mencecah ke USD104 setong semalam. Gas asli juga naik kerana kita tahu bahawa Rusia sebagai second largest oil producer, negara kedua terbesar mengeluarkan petroleum dan merupakan pembekal natural gas yang besar. Saya ingin menanyakan apakah polisi response – penjelasan daripada kerajaan, apakah polisi response terhadap perkara ini kerana kenaikan petroleum tinggi?
Ini kerana, Malaysia kita mempunyai banyak subsidi sama ada petroleum subsidy, LPG subsidy, subsidi ayam, subsidi telur, minyak masak kita subsidi. CPO price mencecah RM8,000 setonne. Apakah terjadi dengan cooking oil subsidy? So, apakah polisi response kita berikutan dengan peperangan Rusia-Ukraine dan dengan kenaikan Brent crude oil price dan juga apakah dasar– sebelum ini telah diumumkan dasar tenaga yang baharu. Apakah kemajuan dasar tenaga yang baharu berikutan RON 97 pagi ini telah naik kepada RM3.45 sen seliter, naik 16 sen walaupun RON 95 ditetapkan pada harga RM2.05 sen.
Bajet 2022 kita berdasarkan USD67 per barrel mengikut international Brent crude oil price. Saya meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada perlu ada satu penyelarasan terhadap bajet kita dan melihat sama ada apakah implikasi terhadap subsidi petroleum, subsidi diesel, subsidi LPG kita yang kita hadapi.
Ada satu isu sahaja. Saya mendapat satu permintaan daripada mahasiswa-mahasiswa, mereka telah menyertai temu duga pada bulan November 2021 berkenaan dengan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara contract of service tahun 2021 oleh Kementerian Pendidikan.
Sampai hari ini, sudah empat bulan tiada jawapan terhadap keputusan temu duga. Apakah terjadi dengan keputusan temu duga kerana terdapat ramai pemohon terhadap perkhidmatan ini. Saya minta supaya diberikan satu jawapan dan di-update status kepada pemohon-pemohon yang berjaya serta pemohon-pemohon yang kurang berjaya. Dengan ini saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.